Monday 24 June 2013

Jun 2011 ....

aku merindui sha .. malam tu aku nekad nak call nombor telefon sha .. aku buat panggilan sebanyak 3 kali .. tapi tiada jawapan .. tidak lama selepas itu .. aku menerima satu panggilan dari nombor yg tidak dikenali .. Alhamdulillah selepas aku angkat panggilan itu, kedengaran suara seorang wanita yang aku rindui, sha. aku berborak panjang malam itu. Lama kelamaan rasa sayang ku pada sha datang kembali . aku memberitahunya dan sekali lagi cinta ku terbalas . sha dan teman lelakinya telah pun berpisah kerana masalah yg mereka tidak dapat atasi .. 

Tetapi ternyata nasib ku malang .. hubungan aku terlerai semula selepas kedatangan kekasih lama sha kembali .. aku terputus hubungan dengan sha sekali lagi .. selepas beberapa bulan , aku mendapat khabar berita yg mereka telah pun bertunang .. hati ku ketika itu sebak, rasa tertipu .. rasa nak balas dendam pun ada .. tapi aku tak mampu .. aku terlalu sayangkan sha .. sha mempunyai satu kelebihan yg tidak ada pada gadis lain .. aku terpaksa menerima hakikat .. mungkin masa yang akan menentukan .. 



to be continued ...... :)
AKU SEORANG LELAKI

Siapa kata lelaki tidak pernah gagal dalam percintaan? Siapa kata lelaki tidak pernah rasa kehilangan .. Aku ada cerita yg hendak di kongsi .. 



Bermula pada tahun 2008 , aku mengenali seorang gadis bernama sha(bukan nama sebenar). Pada mulanya aku berkenalan dengan sha hanya untuk seronok2 . Lama kelamaan kami sering berhubung dan aku telah pun jatuh hati padanya .. Aku mencuba nasibku dengan memberitahu apa yg terpendam di dalam hati ini . Nyata hasrat ku terhasil ingin memiliki gadis bernama sha . Semakin lama aku bersama sha , semakin bertambah kasih sayang yg aku berikan kepadanya . Aku mengurangkan waktu tidur ku hanya untuk berbual kosong dengan sha . Setiap hari aku menghubungi sha . 

Tapi hubungan kami tidak lama, hanya bertahan selama 1 tahun lebih . Sha seorang gadis yang aku percaya, telah menipu diriku hidup2 . Ternyata sha mempunyai seorang teman lelaki yang telah lama dia kenali . Malam itu sha memberitahu ku segala2nya . Sha memintaku menelefon teman lelaki nya untuk menerangkan segala2nya . Tanpa berfikir panjang aku mengambil nombor telefon teman lelaki sha dan menerangkan segalanya . Aku tidak dapat berfikir ketika itu .. Sejak dari malam itu aku tidak lagi berhubung dengan sha .


to be continued ....... :)