Monday 24 June 2013

Jun 2011 ....

aku merindui sha .. malam tu aku nekad nak call nombor telefon sha .. aku buat panggilan sebanyak 3 kali .. tapi tiada jawapan .. tidak lama selepas itu .. aku menerima satu panggilan dari nombor yg tidak dikenali .. Alhamdulillah selepas aku angkat panggilan itu, kedengaran suara seorang wanita yang aku rindui, sha. aku berborak panjang malam itu. Lama kelamaan rasa sayang ku pada sha datang kembali . aku memberitahunya dan sekali lagi cinta ku terbalas . sha dan teman lelakinya telah pun berpisah kerana masalah yg mereka tidak dapat atasi .. 

Tetapi ternyata nasib ku malang .. hubungan aku terlerai semula selepas kedatangan kekasih lama sha kembali .. aku terputus hubungan dengan sha sekali lagi .. selepas beberapa bulan , aku mendapat khabar berita yg mereka telah pun bertunang .. hati ku ketika itu sebak, rasa tertipu .. rasa nak balas dendam pun ada .. tapi aku tak mampu .. aku terlalu sayangkan sha .. sha mempunyai satu kelebihan yg tidak ada pada gadis lain .. aku terpaksa menerima hakikat .. mungkin masa yang akan menentukan .. 



to be continued ...... :)

No comments:

Post a Comment